Tuesday, June 9, 2009
Ralat......
Ralat betul rasanya esok nak balik KL tanpa besalaman dgn tokwan..kalau x selalunya sebelum balik mesti sempat dengaq amani menjerit takmo salam dgn tokwan..Amani takut dgn janggut putih tokwan. Tokwan walaupun dah lanjut sngat umoq dia, dia tetap suka menyakat cucu cicit dia nie..Ingat lagi aku dulu2 masa kecik2..tokwan cukup garang, takut kami kalau jumpa tokwan time2 kami buat salah. mesti kena..
Tapi since sabtu lepas, dah 3 hari tokwan aku meninggalkan kami untuk mengadap ilahi.. Tokwan sakit tua, dia kena stroke beberapa bulan yg lepas. Tak boleh bercakap, berdiri, duduk, dia cuma mampu baring x bermaya di samping tok, mak ngah, dgn mak aku dan anak2 dia yg lain yg bergilir-gilir jaga dia. Makan pun tokwan cuma mampu makan bubuq yg diblend mcm bubuq Qayyum.
Ralat betul rasanya aku sebab langsung x sempat menatap wajah tokwan untuk kali terakhir sebelum jenazah arwah dikebumikan hari tu..dah cuba sedaya upaya untuk sampai penang sebelum arwah dikebumikan, tp aku cuma sempat sampai sejam selepas arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pajak Song sabtu lepas.
Last aku sempat tengok arwah kalau x silap bulan lepas kot. Itu la kali terakhir aku sempat menatap wajah tokwan. So besok sebelum aku bertolak balik KL, rasanya nak singgah dulu jenguk pusara tokwan sambil2 ziarah kubur arwah ayah aku sekali.
Semoga TokWan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Alfatihah.
Habuk Kayu's Profile | Create Your Badge
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Banyakkan bersabar.semua org pasti merasai saat mcm nie tp x tau bila..
takziah raman..innalillah
terima kasih jeme, paktarm...
Post a Comment